Friday, October 9, 2009

Ayam masak susu bermajerin (Butter milk chicken)

Bahan-Bahan
Sekilo isi ayam
400gm tepung jagung
2 biji telur ayam
2 tin susu cair
Setangkai daun kari
5 biji bawang putih
Sebiji bawang besar
Garam , gula dan perasa

Cara-cara membuatnya:
Isi ayam dihiris sedang besar
(jadikan berkeping-keping)
setelah itu gaulkan bersama telur
juga tepung gandum dan sedikit
perasa hingga rata. Goreng didalam
minyak yang penuh sehingga masak
kekuning-kuningan.Sejatkan.
Cara membuat kuahnya:
Tumiskan bawang putih serta bawang besar
dengan majerin, setelah warna kekuningan
masukan susu cair,dan semua jenis perasa
secukup rasa, kacau sehingga pekat dan kalau
anda inginkan kepekatan yang lebih ,boleh masukan
tepung jagung, setelah itu masukan daun kari dan ayam
gaul sehingga rata diatas api yang sedehana,setelah itu
sedia untuk di santap..selamat mencuba..makasih


No comments:

Post a Comment

Post a Comment